walaupun umur aku baru je mencecah 20 tahun (belom mencapai umur pengundi yg sah), tapi aku gak mempunyai sikit minat kpd perkembangan politik negara.terutamanya bila keadaan sekarang yg tgh hangat dgn isu-isu best.isu terbaru sekarang ni adalah laporan polis terhadap anwar ibrahim yg mendakwa dia melakukan liwat......
hmm.ntah la.x abes lagi pasal tuduhan ke atas najib dan bini nya tu, timbul la citer ni.aku pon rasa pelik gak sebenarnya, sbb time kes ni keluar cam x kena je.betol2 lepas tuduhan ke atas najib tu.adakah ini satu konspirasi kerajaan nak biarkan rakyat terlupa pasal tuduhan ke atas najib tu dengan membangkitkan satu isu baru? adakah ini tindakbalas najib terhadap anwar selepas dirinya dimalukan?.....hmm.xtau la!
tapi kalo nak ikotkan logik nye, kalo anwar tu betol2 gay, mestilah dia dah insaf sebab dia dah lama meringkuk dalam penjara.mestilah dia fikir, sbg pemimpin yang tengah nak naik balik karier politiknya, dia haruslah jaga kelakuannya dan lebih berhati2 dalam setiap perkara.x kan la dia nak ulang balik kesilapan lama dulu yang menyebabkan karier politik dia jatuh....hmm.tapi xtau la kot2 dia betol2 gila sex sampai tak leh kawal diri kan. haha....
apa yang aku nak tekankan kat sini adalah.....politik malaysia dah sangat2 kotor.siap main fitnah-menfitnah ni.ini sudah terok! (tapi xtau la kot2 kedua2 tuduhan terhadap anwar dan najib itu adalah BETUL!)....tapi kalo betol lagi terok! menunjukkan bahawa pemimpin2 negara ni mempunyai perangai yang tak senonoh.dan menunjukkan dorang mmg terer menipu, sbb masa dorang nafikan tuduhan tu dengan muka cool nye..hm hm....
tapi paling tidak nye, mesti ada satu pihak yang bohong.samada kerajaan atau pon pembangkang yang tipu, yang itu aku x sure..kalo orang tu kena tuduh, then he denied it, mesti sama ada dia ataupon orang yang menuduh itu telah berbohong.....
kawan2.nnt korang dah berjaya, masuk lah politik lak.bersihkan sket politik malaysia ni! hahaha.....
CERITA ORANG2 TUA
Sunday, June 29, 2008
Posted by nazmie at 4:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
polis kata jangan
jangan ape?
itu quote from pak lah. haha.
ouhh. haha...
makin ramai lah yg akan menyertai demo 6 july nnt. adei...
lagi ramai, lagi meriah! haha....
tipu la kes anwar.
bgi aku isteri da lawa.
konspirasi2....
Post a Comment