chelsea chelsea~! yeah! baru je balik dari menonton match malaysia vs CHELSEA FC kat stadium shah alam.best! sebelum ni selalunya tengok kat dalam tv je.so bila dapat tengok dorang main secara live ni, memang lain sikit la perasaannya.ok la kot.walaupun bukan kat stamford bridge, sekurang-kurangnya dapat gak tengok dorang beraksi secara langsung. hehe....antara rakan-rakan yang pergi mengikut rombongan : polk, amer, piji, lah, azril, sapwan, qba, dan sepupu polk (taktau nama dia).
come.nak share gambar sket...gambar pemanas badan.ni sebelum pergi lagi ni.ngah tunggu polk lagi ni.janji nak gerak pukul 6 la.kononnya kena pergi awal, takot takde parking nanti.pastu sebelum masuk stadium tu, boleh join game2 samsung ngan adidas kat luar stadium tu dulu.kesudahannya, polk pukul 7 baru sampai.hampeh!....
sebelum masuk stadium.lepak2 kat kedai mamak berdekatan ngan stadium tu.papehal minum dulu.kang nanti kelaparan lak dalam stadium tu.
suasana dalam stadium! kita orang punya seat memang tinggi sangat.tapi ni je yang termampu.nak dok bawah, kena keluar duit lebih sikit la.tiket lagi mahal.100 lebih gak la.tiket yang kitorang ni rm53 je.ok la kot...kedua-dua pasukan tengah warming up.penonton pon sedang masuk ke dalam stadium.memang tak nampak ramai lagi masa ni..
close up sket player2 star chelsea ni.ni je yang kamera aku mampu.zoom kamera aku tak power sangat.setakat ni je yang boleh nampak.nak lagi detail kena pinjam kamera aizat la lainkali. haha....
let the game begin! tapi takde nyanyi lagu negaraku pon kan.baru semangat nak nyanyi lagu negaraku.biar player chelsea tu kagum sket tengok stadium bergegar masa penonton nyanyi lagu negaraku.haha......untung player2 malaysia, dapat salam ngan player2 chelsea.bukan senang tu! ...
penyokong-penyokong yang khusyuk menonton perlawanan.walaupun kebanyakan daripada kitorang adalah penyokong chelsea dan manchester (aku bukan.), tapi untuk malam ni, semua sokong malaysia.bagus kan kitorang.papehal negara no 1! haha....ok la malam ni malaysia main.ada gak la attack gak kan.walaupun nampak gak la chelsea main2, tapi ok la kita dapat attack gak.kalo chelsea main2 pon kita tak dapat attack, tu sangat2 memalukan tu. hehe......haaa.masa ni gak, john terry (JT) dikeluarkan.lepas dia keluar tu, JT campak jersi dia kat penonton.waaa.best siot sape yang dapat jersi ori JT tu.biar la penuh peluh pon kan.tak kesah la peluh pon, janji dapat jersi free.ori lak tu! haha....
ni lepas dah abes match.semua berdiri je nak tengok player2 chelsea.masa ni ngah penyampaian cenderahati untuk player2...
aksi berani mati peminat chelsea.ni masa dah nak keluar stadium.kat atas tu.amek gambar2 kenangan dulu, kata dorang....tu aiman serting, ofismate paklah.dia tak datang sekali ngan kitorang.tapi masa nak balik tu, jumpa dia lak.dia datang bersama sorang rakannya, LELAKI! gay ke wey datang 2 orang je? hahaha.....
abang-abang polis bermotosikal kuasa tinggi yang escort pakcik-pakcik vip dan vvip keluar dari stadium.kitorang takleh nak balik lagi kan.so..lepak2 dulu la tengok kereta-kereta orang2 besar ni...
ni ngah tunggu bas player chelsea lalu.lama betol tunggu.yang ni mula2kan kitorang ingat kan bas chelsea, rupa2nya trak FRU je. cissssss.....
bas player malaysia! ok la dorang main malam ni.takde la kena belasah cam asian cup dulu kan.walaupun ada gak sket2 penyokong maki hamun kan, tapi takla seteruk cam masa asian cup dulu la.asian cup dulu memang teruk sangat dorang main.kali ni maybe sebab friendly je dan bukan nya tense game sangat, dorang main ok la daripada dulu...
ni sebenarnya gambar raja azura ni.tapi sayangnya tak clear plak gambar ni.dia lalu depan aku ngan lah je.kitorang sroh dia senyum nak amek gambar.dia angkat peace je, tapi tak berhenti pon.dan tak sempat lak aku nak snap pics betol2.sebab dia ngah jalan lagi masa ni.laju lak tu dia jalan.cissssss....cantik gak weh tengok dia in person! haha....
sapwan yang tabah menunggu bintang pujaannya, michael ballack.ballack punya pasal la ni player chelsea lambat sangat kuar.mandi cam sapwan, lama nak mampos! haha....
ratusan peminat fanatik chelsea yang menunggu bas player chelsea keluar.semua tabah dan sabar je menunggu bas tu keluar walaupun agak lama menanti..
dannnn....bas yang dinanti2 akhirnya keluar gak. haha....aku nampak gak la lampard dan mikel secara dekat kan. hehe.....aku ada amek video sket.tapi tak clear sangat la nampak dorang.sebab aku kena bahagikan masa nak amek video dan tengok dorang kan. haha....
ok.itu saja laporan saya.memang puas hati gak la dapat pergi tengok chelsea ni.sebab bukannya selalu diorang datang malaysia ni kan.best!...team2 lain bila lak nak datang malaysia?
^^
6 comments:
bukan slh aku lmbt..slh cousin aku..aku da lempang2 da muka die smlm.hahaha
besnyeeeeeeeeeeeeeee nk pegi jugak!!!!!!!!!!!!!!!!
nak pegi jugak? jom2! hehe....
klu The Gunners datang nk pi x?
haha
of course la pegi! mau tengok fabregas! haha...
kalo Red Devil dtg pon aku pegi.boleh baling batu kat ronaldo. haha...
bwk sniper la beb...tembak aje sorg2
Post a Comment