UNTITLED

Tuesday, August 5, 2008

helo helo~

lama tak update.bukan takmo update, cume agak busy je semenjak dua menjak ni.lagipon takde isu baru nak diutarakan. haha.....

papepon, last week memang banyak abes duit.hari jumaat ari tu, pegi potong rambut kat kedai RM15. dah panjang sangat kan.dah la sangat2 panas skang, bila masuk kelas petang yang takde aircond je, mula la rasa serabut kepala. lagipon,ari tu kena kutuk ngan pm rodziah sebab rambut kusut masai.teruk gak ar kena kutuk.takpe2.esok ada kelas maf, kita tengok ape dia kata esok ni. haha....

dannnnn....hari jumaat ari tu gak, i buy a new handphone! yeayyyy! dah lama tak beli henset.sejak nokia sabun aku rosak dulu, aku asek dok pakai nokia old skool yang aku pakai sejak dari form 5 lagi.banyak berjasa henset tu sebenarnya. haha....


LG KF700.itu la aset kesayangan aku skang ni.handphone biasa2 je.tapi ape yang aku suka, touch screen! dah bosan dah pakai keypad, try touchscreen la plak.sakit jari la pakai keypad ni! haha....harga dia rm 1250. ada sale handphone kat sacc mall ari tu.so cina tu kata dia kasi harga murah la tu.harga sebenar dia kata rm1700.tapi aku check kat internet ari tu harga sebenar dia rm1400 je.gila kelentong nye cina!

ok2.takmo citer lebih2 pasal henset tu.malu la~... haha...kalo nak tengok, meh la datang sini....

hm hm.ari sabtu tu pulak tak buat pape pon.mula2 plan nak kuar makan ngan yat tengah hari tu lepas dia abes kelas micpa.tapi oleh disebabkan kebodohan dan kebangangan aku, tak jadi keluar lak ari tu.kecewa gak la.lepak2 jela kat rumah sambil layan perasaan. hahahaha.....

tapi..ari ahad tu berjaya gak la keluar.walaupun sekejap, tapi terubat gak la kekecewaan tak dapat keluar ari sabtu tu. hahaha....

then.weekdays datang lagi.kelas, assignments, kuiz, tutorials, macam2 perlu dibuat.penat la jadi student ni. haha...

kk.itu saja.nak siapkan SIA ethics.bye~..

^^

16 comments:

*NovaBags* said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nazmie said...

wakaka...comments korang terpaksa di-delete sbb aku rasa tak sesuai.kurang kan kontroversi, tingkatkan prestasi!

Anonymous said...

ko yg buat kontroversi.
tingkatkn prestasi la misai.

nazmie said...

baik bos!

Ridhwan Ikhsan Othman said...

tk boleh terime la..ade org blogging gune malay..

nazmie said...

apsal? malay tak best ke?..
my readers sume malay.xde mat saleh.so aku rasa tak perlu la nak tulis dlm english...
takde akta atau undang2 dlm malaysia ni yg kata kalo nak blogging takleh guna malay..
lgpon, aku tak reti nak tulis dlm english.my english terok.tq...

Anonymous said...

ridhwanismetas,

i'd rather bloggers to write in good malay than in lousy english.

love
miss anonymous

Shamsul Aizat said...

Orang melayu tidak menerima bahasa ibunda nya sendiri? Apa sudah jadi? Bahasa Jiwa Bangsa. renung-renungkan.

Anonymous said...

ek ele ridhwanismetas...shuh!! shuh!! jgn dtg lagi..wat sebok je.ingat cool ke?

nazmie said...

oi polk.jgn la halau visitor aku.biar la dia dtg sini nak baca. haha...

Anonymous said...

aku bukan ape..ye la.aku tak ske org cmni.tak sedar die tu bangsa ape.dok bangge je ngn english ape kehe. last2 dlm blog gne gk malay..maybe tulis sket2 dlm malay n byk2 dlm english baru cool kot..huhu

apa kata anda cuba pula misai?

nazmie said...

xpe la.aku tak cukup cool utk buat camtu.lgpon biarlah ia nya menjadi trademark saudara ridhwan tu.haha....

Anonymous said...

Aku tak boleh terima orang nak berlagak konon blogging english tapi grammar dan susunan ayat berterabur.
Boleh tak aku guna pepatah 'ayah ketam ajar anak ketam berjalan lurus'?
Sori, aku tak pandai berBahasa Melayu.
Sekian.

Anonymous said...

aku x pandai berbahasa melayu??
ape kene ko nie acap..
ko kan orng melayu..
zzzzzzz

nazmie said...

ash saje nak perli tu.sila paham ayat dia dengan betol..