8+5+3=16

Saturday, January 24, 2009

Tagged by yazrina 'tersayang'...wakakaka......

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


Lets go...

1. Nama aku Nazmi. Aku nama Nazmi. Nazmi nama aku..tapi kenapa orang panggil aku Misai?.....ntah la. aku pon tak faham..tapi penggunaan nama Misai yang berleluasa ni menyebabkan ada yang tak tau nama sebenar aku.aku ingat lagi dulu, masa sem awal kat uitm.kan dulu ada cam kursus bina diri kat kolej cempaka tu kan.aku satu group ngan Polk dan Arina. masa tu Arina tak tau nama sebenar aku. then Polk main-main la kata nama aku Nabil. Arina lak percaya la then dok panggil aku Nabil, Nabil,.... hmmmm....

2. Perkara yang aku paling kesali? Dulu masa dapat aku dapat lompat kelas masuk darjah 5 terus, so aku kena la berkawan dengan budak-budak darjah 5.pastu aku memang tak bertegur sapa dah dengan kawan-kawan darjah aku masa darjah 3 tu, sedangkan dah berkawan dengan dorang selama 3 tahun (darjah 1 -darjah 3)..aku memang taktau kenapa aku tak tegur dah dorang lepas dapat lompat kelas tu.mesti dorang ingat aku sombong and lupa diri masa tu.sampai sekarang dah tak jumpa dorang. hmmm....

3. Aku suka tidur. Terutamanya waktu pagi. pagi adalah waktu yang paling indah untuk tidur, bagi aku la kan.aku memang susah nak tidur waktu malam.tapi bila siang je, memang senang nak tidur....tapi sekarang semua tu dah berubah kot.kena bangun pagi selalu.then balik kerja je, penat fizikal, penat mental, pukul 12 lebih je dah rasa mengantuk.dan kemudiannya, tidur.....

4. Aku sukakan kerja. bila senior aku bagi kerja suruh buat, aku gembira. sebab bila aku buat kerja, aku akan lupakan segala-gala nya.aku lupakan 'dia', aku lupakan masalah-masalah aku, dan juga aku lupakan kerja-kerja semalam yang aku tak siapkan lagi....

5. Aku tengah makan kacang, so aku suka makan kacang, terutamanya bubur kacang yang mak aku masak.perghhh..sedap gila! semua jenis kacang aku makan. kacang kuda, kacang parang.aku gak suka tengok Mr. Bean. tapi aku tak suka tengok kartun Kacang kat RTM tu.bila adik aku tengok kartun tu kat rumah, aku naik menyampah dan lari masuk bilik...

6. Aku tak pernah menjejakkan kaki di luar Semenanjung Malaysia, kecuali Thailand.tu pun kat selatan-selatan Thailand je pun.kampung mak aku. orang-orang kat situ pun cakap Melayu je.so tak rasa cam kat luar Malaysia pun kat situ.

7. Seumur hidup aku, aku dah pergi ke semua negeri dalam Semenanjung Malaysia, kecuali Johor! Jauh tol la Johor ni...kena kahwin ngan orang Johor la camni, baru dapat pergi Johor tiap-tiap tahun. wakakaka...Aku Sayang JB.

8. Aku rindukan Sapwan. Aku rindukan belaian kasih sayang dia. Dah 2 bulan dia pergi.2 bulan tu rasa cam 2 tahun. Sapwan, kembalilah!

9. Aku perlukan laptop baru. laptop aku ni dah terlalu bodoh sekarang ni. nak main game pon tak boleh.main sekejap je, dia padam, takpon hang...seriusly kena beli laptop baru.kalau tak, hancur la masa depan aku sebagai seorang gamer berjaya....

10. Aku suka dengar lagu-lagu indie sekarang ni. setelah bosan dengan lagu-lagu mainstream, sekarang ni aku mencari kelainan dan lagu-lagu indie memang menepati citarasa aku sekarang ni...tapi aku bukan budak indie.tak layak lagi nak digelar budak indie. jiwa aku belum cukup DIY lagi.....btw. Liyana Estrella comey laaaa!!!

11. Dulu, sebelum masuk Uitm, aku memang jarang bersukan. kala main sport pon, sekadar sukan yang tak memerlukan kudrat sangat.seperti pingpong, dan juga petanque!..tapi sekarang ni dah mula main futsal. best! bila dapat main tu memang rasa best. betul la kata orang, tak kenal maka tak cinta,dah kenal jadi gila...

12. Aku ni seorang yang pemalu....ada sebab aku jadi pemalu.sebabnya..ala...malu la nak cakap......

13. Aku ni buta IT. tapi bila dah dapat laptop sendiri, baru la celik IT sikit.tapi still gak buta IT sikit-sikit sekarang ni.....

14. Ada orang belikan aku cokelat dari Langkawi, tapi tak kasi-kasi lagi sampai sekarang.kempunan nak makan cokelat Langkawi. haha...

15. Bagi aku, kita pergi kelas bila kita dapat bagi perhatian 100% je.80% pon ok la kot.kalau pergi kelas tapi tak dapat tumpukan perhatian atas apa yang lecturer ajar kat depan tu, aku rasa baik takyah pergi kelas.kualiti lagi penting dari kuantiti...so aku rasa tindakan Uitm yang menetapkan syarat nak masuk exam kena kehadiran lebih 80% adalah tak wajar! hahaha...

16. Jatuh 'cinta' pandang pertama dengan senior-senior kat Kenanga.assistant bos pon baik. Yeah!

Eh eh..dah cukup 16.nak tambah lagi satu leh tak?? pleaseeee......

17. Aku ada beg laptop baru.baru beli tadi.beg cap ayam je, tapi yang penting B.A.R.U! jangan jeles k! Hahaha...


Ok. The End.
^.^


12 comments:

Anonymous said...

wey aku ade bad news pasal choc tu hahahahahah

nazmie said...

ohhhhh no no!

nazmie said...

selamat tinggal cokelat ku....

Mysterious Lady said...

yazrina tersayang
chewah2!
bahagie ek ko kt EY
tahniah

nazmie said...

bahagia kat kenanga actually..ni next week masuk client baru taktau la camne...

Mysterious Lady said...

goodluck goodluck!
semuga bahagia selalu~

nazmie said...

thanks!

Mohd Ashraf said...

kenapa ada 'tesayang'? menarik2 dan harus disiasat lebih mendalam 'misai'. hehehhehehhe. aku suke! aku suke!

::shylicious:: said...

7. mari buat trip ke johor plak!!:)

9. laptop?knape laptop jadi cmtu ea? dia memang mintak ditukar ea? tu sebab wat perangai cmtu? sebab laptop aku pon cmtu. tensi~

10. hidup indie~:)

nazmie said...

ash: sbb aku syg semua 'nakama' aku! haha...

shy:yup2.nice idea. hehe...laptop pon ada tarikh luput gak pe.dah expired la laptop ku.tp jasa laptop ni ttp dikenang.akan ku-muzium-kan kat rumah.

wan rommel said...

oh misai.. rindu sgguh pd mu.. terharu aku.. aku igt ko dh lupe kenagan indah kte bersama setelah bertemu gadis2 EY.. namun sume sgkaan ku 2 TIDAK benar rupenye.. hahahahaha..

nazmie said...

eeee..GAY!!